Kelas Stem-Iot - Stem Games Dan Giant Hamster Run
6 Ogos 2024 | Aktiviti TerkiniPada hari Isnin, 5 Ogos 2024, NADI Bengoh telah mengadakan Kelas STEM-IOT iaitu Stem Games. Seramai 5 orang kanak-kanak tempatan yang berusia 9 dan 12 tahun telah menyertai program ini. Program ini berlangsung selama 1 jam 30 minit iaitu bermula dari pukul 2:00 petang sehingga pukul 3:30 petang.
“Engineering.com” adalah laman sesawang permainan dalam talian yang menyediakan permainan berkonsepkan sains, astronomi dan kejuruteraan. Dengan permainan “Bridge Designer”, para peserta dikehendaki membina sebuah jambatan virtual yang kukuh bagi avatar di dalam permainan tersebut lintas.
Setelah itu, peserta mencuba satu lagi permainan di dalam laman sesawang “Giant Hamster Run”. Di dalam permainan ini, para peserta dikehendaki mereka dan menghias kek. Ia memerlukan kreativiti dan kepekaan dalam menghasil kek hiasan secara virtual dengan elemen yang disediakan.
Objektif kelas dan permainan ini dimainkan adalah untuk menguji kecerdasan dan kreativiti pemain. Selain itu, mereka juga dapat berlatih menggunakan tetikus pada komputer dan mengawal pergerakan objek tersebut mengikut keperluan.
Turut dikongsikan adalah Klik Dengan Bijak, iaitu “Oversharing”. Dengan penggunaan media sosial yang semakin meluas dalam kalangan generasi sekarang, ramai yang masih gagal melindungi maklumat peribadi sendiri, sehingga membawa kepada siber buli dan penipuan di dalam talian. Dengan perkongsian daripada kami, kami berharap agar setiap pembelajaran dan pengajaran yang diberikan dapat memberi manfaat kepada peserta di masa akan datang.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: